November 02, 2009

Suatu Hari Di Hujung Minggu
















..masih lagi dengan aktiviti yang agak biasa.
cuma venue nya sahajalah yang sedikit berlainan.



sekurang-kurangnya dpt jugan beraktivitas dihujung minggu!
Lebih menarik bila dapat tengok macam-macam jenis orang dengan fesyen rambut mereka


'inspired'

Oktober 29, 2009

Pengaktifan Papan Kekunci

Sudah 1/2 tahun mula bekerja,

Tapi masih tiada simpanan yg tetap...










Apa yang pasti aku tidak cemburu langsung dengan rakan-rakan yang mengimul-imul hendak berbini.


Musim lekas kahwin barangkali

Oktober 12, 2008

Patuhi Rukun Queue Untuk Buat Tuntutan

"It will satisfy me as along as it is from .."

Lancome Pictures, Images and Photos



"Nak!"

"Nak!"


ROXY SANDALS LOGO Pictures, Images and Photos



Bukan mahu lupakan okay

'On-hold'

Sampai boleh overcome financial crisis, maksud aku dengan sendri-nya




Buat masa ni 'Nak!' 'Nak!' 'Nak' kan-lah yang ini dulu



Oktober 10, 2008

Apa macam?






Ada rasa semacam terpukul?
Masih mahu claimed kamu-lah yang paling hebat tambahan bijak?


Mari cabar chimp

;-)


September 12, 2008

Jaga Kaunter Kamu Dengan Cermat

Hari penat teruk.

Sekarang ini hari-hari pun sudah jadi hari penat teruk. Ada sahaja benda yang mintak di beri perhatian.

Masa aku nyenyak tidur berhari-hari, benda-benda yang macam itu tidak pulak mahu menarik perhatian. Sekarang, bila aku sudah terpaksa catu waktu tidur, baru-lah yang itu dan yang ini datang tanpa mematuhi rukun queue. Berkonyong-konyong mintak di bicara. Aku perlu saluran escapism. Macam mahu tidur sepanjang abad. Bangun-bangun nilai ringgit sudah bertukar. Bangun-bangun tiada lagi yang sesak-sesak mengkhianati rukun queue. Semua sudah mengikut tatacara!


Rukun queue menuntut supaya sentiasa bagi keutamaan pada yang duluan. Tunggu dan sabar sehingga kamu berhak mendapat layanan.

Jadi, jangan ingkar!

Tolong..


Kalau aku pekerja kaunter, pejabat pos misalnya, mahu aku pekik kan sekuat hati, biar sampai mengigit osikel-osikel mereka yang selalu melanggar rukun.

Itupun jika berurusan dengan manusia, mereka ada osikel.


Haish..


Persoalan di sini, bolehkah masalah dan kerja-kerja di lentur untuk sama-sama mematuhi rukun? Mahu jerit pada siapa kalau itu semua datang dan serang kejam cerebrum kamu?


Penat mahu serve all those thing simultaneously. Kalau-pun aku hadapkan semua itu sekali, surely output-nya nanti memang di bawah paras celaka.
Aku cuba pujuk diri sendiri, kaedah cakap-balas sendiri memang berkesan-kah? Tujukan cakap-cakap berunsur penyedapan ruang cardiac supaya impuls yang bakal sampai ke otak memberi sedikit kelegaan, seolah-olah semua pun sudah ada penyelesaian.


High self motivated
bukan?



Masih tiada lagi yang selesai, sebenarnya.




Mungkin hidup memang macam penjaga kaunter. Jumpa dengan macam-macam orang berhari-hari. Kamu lari dari orang-orang itu, orang atas kamu pula akan kejar dan gigit osikel kamu.
It's whole lot better
jika kamu duduk di kaunter itu, senyum sahaja dengan macam mana sekalipun orang yang kamu jumpa.
Kalau perlu jerit, ketap gigi, genggam ketat tangan, luahkan dari dalam perut, tetapi biarkan sekadar tersekat di esofagus. Jangan melebihi had yang boleh di dengari manusia itu. Nanti akan jadi lebih ramai lagi di kaunter kamu. Lebih ramai lagi yang melanggar rukun queue



Maka..

Jangan jerit dengan masalah.
Layan mereka dengan senyuman yang tidak ikhlas,

itu lebih baik
mungkin

























September 01, 2008

Cuit-Cuit


"Engkau tahu tak, bila masa nya orang melayu islam ni boleh jadi betul-betul bersatu"



"Bila ada kenduri kahwin?"


"Ada pulak.."


"Bila kena hoihhh!! hak istimewa takpun agama dia?"


"Mengarut.."



"Habis tu?"



"Bila sama-sama Aminnnn masa berjemaah, itu aje, macam nak runtuh masjid time tuh, lepas bagi salam kiri dengan kanan semua habis lah"



"Err.."

Ogos 19, 2008

Ogos, Sembilan Belas

Aku mahu ucap Selamat Hari Jadi pada kamu-kamu semua yang lahir hari ini. Tahun bebrapa pun kamu lahir kamu masih boleh terima ucapan aku ini. Yang penting ia berlaku seperti hari ini, Ogos 19


Apa yang kamu tahu fasal mereka yang lahir pada hari ini? Aku maksudkan karektor mereka, Kalau kamu kata 'tidak', sekarang aku mahu beritahu kamu semua. Jika kamu kata 'ya', aku masih mahu beritahu kamu.
Kamu selalu hanya tahu fasal zodiak kamu sahaja bukan? Mari lihat diri kamu yang lahir hari ini dalam perspektif kalendar Islam dan komuniti Jawa. (Takkan Jawa hilang di dunia)




Menurut Kalendar Islam
--------------------------------

Ogos 19, 1985/2 Zulhijjah 1405H

ZULHIJJAH

Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan





Menurut Komuniti Jawa
--------------------------------




Betulkah apa yang digambarkan fasal diri kamu?
Jika ia banyak memberikan kamu komen yang positif , maka kamu harus ingat, ini hanya sekadar timbang tara/hipotesis/anggapan/andaian.
Tetapi jika ia banyak memberitahu kamu itu negatif, maka kamu harus PERCAYA ini bukan hipotesis atau sebagainya!!



Untuk kamu semua Ogos 19,

Selamat Ulang Tahun
Happy Birthday
Qu Ni Sheng Kuai Le
Piranda Naal Vaazhthukkal






p/s: Kenapakah Ogos 19?