Jun 24, 2010

Rush Hour!

Apa soalan bodoh yang pernah kamu ajukan kepada orang lain?

atau mungkin juga

apa soalan-soalan bodoh yang orang lain pernah harapkan jawapan dari kamu?


Selain dari tanya kawan-kawan yang kamu jumpa di restoran dengan soalan yang macam ni;
"hai,buat ape kat sini?"

Atau tanya rakan sepejabat kamu yang terpaksa kerja pada hujung minggu macam ni;
"ehh,kenapa datang ofis hari ni"

atau lagi teruk

Kamu terima panggilan dari kawan lama kamu yang sememangnya sudah lama terputus hubungan menerusi telefon bimbit dan kamu tiba-tiba jadi semacam di luar kawalan dan batas kegembiraan normal. Lantas, kamu menanyakan soalan ini denagn sangat cool;

"hi there, lamanya tak dengar cerita, pass kat aku your mobile, later on senang nak give u a shout"

What the heck!


Semalam, dalam perjalan sesak balik ke Malaysia, aku memang terpaksa melayan satu soalan yang sebenarnya agak bodoh dan tak cool langsung okay.
Almost setiap kali nak pass through kastam Johor indeed.

Sampai dekat Clearance Zone akan adalah 2-3 atau mungkin 4 (ikut moods pegawai kastam),
yang sebenarnya ditugaskan untuk check setiap kenderaan yang nak masuk ke Malaysia.
Manelah tau ada yang berani menyeludup Chivas Regal atau barang-barang larangan lain.

tapi selalunya tugas para pegawai itu semudah macam ni

"Ada bawak apa-apa barang encik?"

dan aku serta semua orang pon akan jawab mende yang sama macam ni;

"xde"

(unless kalau kamu bukan manusia lah kan, malaikat barangkali)

Dan kami lepas!
cukup dengan wind down window sahaja.


Kenapalah ICA officers tak mencontohi pegawai kasta DiRaja
dapat jugak kurangkan kesesakan
(: