September 12, 2008

Jaga Kaunter Kamu Dengan Cermat

Hari penat teruk.

Sekarang ini hari-hari pun sudah jadi hari penat teruk. Ada sahaja benda yang mintak di beri perhatian.

Masa aku nyenyak tidur berhari-hari, benda-benda yang macam itu tidak pulak mahu menarik perhatian. Sekarang, bila aku sudah terpaksa catu waktu tidur, baru-lah yang itu dan yang ini datang tanpa mematuhi rukun queue. Berkonyong-konyong mintak di bicara. Aku perlu saluran escapism. Macam mahu tidur sepanjang abad. Bangun-bangun nilai ringgit sudah bertukar. Bangun-bangun tiada lagi yang sesak-sesak mengkhianati rukun queue. Semua sudah mengikut tatacara!


Rukun queue menuntut supaya sentiasa bagi keutamaan pada yang duluan. Tunggu dan sabar sehingga kamu berhak mendapat layanan.

Jadi, jangan ingkar!

Tolong..


Kalau aku pekerja kaunter, pejabat pos misalnya, mahu aku pekik kan sekuat hati, biar sampai mengigit osikel-osikel mereka yang selalu melanggar rukun.

Itupun jika berurusan dengan manusia, mereka ada osikel.


Haish..


Persoalan di sini, bolehkah masalah dan kerja-kerja di lentur untuk sama-sama mematuhi rukun? Mahu jerit pada siapa kalau itu semua datang dan serang kejam cerebrum kamu?


Penat mahu serve all those thing simultaneously. Kalau-pun aku hadapkan semua itu sekali, surely output-nya nanti memang di bawah paras celaka.
Aku cuba pujuk diri sendiri, kaedah cakap-balas sendiri memang berkesan-kah? Tujukan cakap-cakap berunsur penyedapan ruang cardiac supaya impuls yang bakal sampai ke otak memberi sedikit kelegaan, seolah-olah semua pun sudah ada penyelesaian.


High self motivated
bukan?



Masih tiada lagi yang selesai, sebenarnya.




Mungkin hidup memang macam penjaga kaunter. Jumpa dengan macam-macam orang berhari-hari. Kamu lari dari orang-orang itu, orang atas kamu pula akan kejar dan gigit osikel kamu.
It's whole lot better
jika kamu duduk di kaunter itu, senyum sahaja dengan macam mana sekalipun orang yang kamu jumpa.
Kalau perlu jerit, ketap gigi, genggam ketat tangan, luahkan dari dalam perut, tetapi biarkan sekadar tersekat di esofagus. Jangan melebihi had yang boleh di dengari manusia itu. Nanti akan jadi lebih ramai lagi di kaunter kamu. Lebih ramai lagi yang melanggar rukun queue



Maka..

Jangan jerit dengan masalah.
Layan mereka dengan senyuman yang tidak ikhlas,

itu lebih baik
mungkin

























September 01, 2008

Cuit-Cuit


"Engkau tahu tak, bila masa nya orang melayu islam ni boleh jadi betul-betul bersatu"



"Bila ada kenduri kahwin?"


"Ada pulak.."


"Bila kena hoihhh!! hak istimewa takpun agama dia?"


"Mengarut.."



"Habis tu?"



"Bila sama-sama Aminnnn masa berjemaah, itu aje, macam nak runtuh masjid time tuh, lepas bagi salam kiri dengan kanan semua habis lah"



"Err.."