Filem-filem razak (bukan nama sebenar) perlu wujud dalam industri perfileman tanah air..
(Entri ini adalah sekuel dari sini)1. Untuk terus memastikan kerelevanan eulogi Melayu"Kalau kamu bodoh, ingatlah, ada yang jauh lebih bodoh dari kamu".
Orang-orang seperti Yasmin Ahmad dan Khabir Bhatia sangat layak bersandarkan pada eulogi di atas. Filem-filem razak adalah penanda aras kalau-kalau mereka berasa seperti sudah menghasilkan satu filem yang mereka fikirkan teruk kerana rating dan kutipan tiket yang tidak memberangsangkan.
Mereka boleh katakan ini di dalam hati, atau di depan media lebih baik.
"kalau filem I teruk, ingatlah ,ada yang jauh lebih teruk dari ini"Tapi, bagi mereka yang memang kerjanya menghasilkan filem-filem razak,tiada pilihan jawapan untuk menyedapkan rongga kardiak mereka..
Mereka adalah
end userkatakanlah filem razak tidak wujud?
Eulogi dan industri filem begitu
antonim2. Sebagai medan selera 'bintang' AFDekat mana lagi Adam boleh menari sambil buat mimik muka yang 'comel' habis kalau bukan dalam filem-filem yang sangat superfisial ini?
Dekat mana lagi 'bintang2' ini boleh
menempel kalau bukan dengan belas ihsan filem-filem razak ni?
Sekurang-kurangnya mereka tidak membebankan Kementerian Pelajaran.
Sebaik sahaja bergraduat dari Akademi, filem-filem razak membantu mereka mebina kerjaya cemerlang untuk masa hadapan mereka dan masa hadapan industri filem Malaysia juga.
Lagipun kasihan Muhyiddin Yassin, yang tengah memikirkan mana nak sumbat cikgu-cikgu yang dah
termelambak sekarang ni.
3. Mewujudkan penggunaan sumpah seranah yang bervariasi"Memang lumrah industri, ada filem yang dihasilkan sangat berkualiti dan tidak kurang juga filem-filem yang begitu
razak. Kita belajar dari ke
razakan kita pada masa lampau dan cuba memperbaikinya pada masa-masa yang akan datang. Pensodomian norma-norma kualitasi semata-mata atas dasar keuntungan memang boleh me
razakan industri yang sedia ada. Apa yang kita mahu adalah kualiti bukan
razaki"
dapat
capture?
razak gila kamu kalau tak faham
4. Memberi saingan yang bukan kompetitif, sekadar bersaing.Kenapa filem razak perlu adalah bersamaan dengan kenapa jenama-jenama seperti Avivas, Lakosta, Naik, Fuma wujud.
Ia sekadar ada atau
'janji ada'.
Dan yang pastinya ia wujud bagi memuaskan nafsu orang-oarng yang gemar bergaya tapi tak mahu keluar duit atau mungkin tiada duit pun.
"Janji ade
nok, kualiti bagus ke tak bagus itu mak tak peduli"
5. Sebab ada ramai penerbit yang kaya raya dan mahu jadi lebih kayaJadi mereka pun laburlah akan wang-wang mereka itu untuk diusahakan dengan baik oleh
razak's filmmaker.
Mereka yang kaya itu sedar, hanya ada seorang sahaja pembikin filem di Malaysia ini yang boleh bagi keuntungan pada mereka.
Berlipat ganda..
Atau mungkin mereka teramat suka kan Fasha Sandha dan pelajar akademi untuk menghiasi filem-filem mereka yang
razak itu.
Razak betul-
lah!